20130517

Capital P



“Abang, dah siap belum? Jangan lambat sangat tau. ayah takut habis waktu nanti. Malam ni kita baca Yassin sama-sama lagi.” Pesan Nur di muka pintu abangnya yang masih tertutup. Sedang menunggu abangnya bersiap, Nur membetulkan kain telekungnya. Risau kalau kalau nampak auratnya ketika bersolat nanti. Selesai semuanya, mereka berempat menunaikan kewajipan mereka dengan mendirikan solat Maghrib secara berjemaah di ruang tamu berimamkan ayah. Suasana begitu tenang dan keadaan di dalam rumah mereka begitu nyaman. Tiada bunyi selain bunyi penghawa dingin ketika itu.
“Amin, amin Ya Rabbal Al-Amin. Alhamdulillah.” Suara ayah mengakhiri ibadah mereka. Mereka berempat membetulkan posisi mereka. Masing-masing memainkan peranan membentuk satu bulatan untuk bacaan Yassin. Menjadi kebiasaan terhadap ahli  keluarga ini untuk membaca Yasin bersama-sama setelah selesai menunaikan solat Maghrib pada setiap hari Khamis malam Jumaat. Cuma sejak kebelakangan ini, mereka menjadikan bacaan Yassin sebagai amalan wajib setelah selesai menunaikan solat Maghrib.
“Amal macam mana hari ni? Ada rasa kurang sikit tak?” tanya ayah sambil merenung mata anak sulungnya, Amal.
“Amal rasa, setakat ni okay ayah. Tak macam semalam.” Jawab Amal.
“Amal kalau rasa lain macam bagitahu ibu cepat-cepat ya.” Pesan ibu sambil membuka penutup botol air mineral.
Ayah memulakan bacaan Yassin dengan berselawat ke atas Rasullullah SAW seperti malam-malam yang sudah.
“Aaaarrgghhhhh! Diam! Diam! Diam!” jerit Amal tiba-tiba. Kasar suaranya.
“Ya Allah, ibu, Nur takut, abang jadi lagi ibu. Nur takut ibu.”
“Nur, kuatkan hati Nur. Terus baca Nur, terus baca!” balas ibu sambil kuat jari jemarinya menggemgam tangan Amal yang mula meronta.
“Diam kau! Diam! Aaargghhhhh!”Amal menjerit. Suaranya semakin garau. Mata Amal terbeliak. Anak matanya bergerak begitu pantas memerhatikan Nur dan ayah yang masih terus membaca Yassin.
“Anak kau ni, dah kotorkan tempat aku! Dia patut dihukum! Lepaskan aku!!!” pinta Amal dengan suara yang begitu garau.
Ayah turut memegang tangan Amal dengan begitu kuat. Kata-kata Amal, tidak ayah hiraukan. Begitu juga dengan ibu dan Nur. Suara ayah kini semakin lantang membaca surah Yassin. Wajah Amal semakin pucat.
“Lepaskan aku! Lepaskan aku! Aaaargggghhhh! Panas! Panas!” jerit Amal lagi.
“Ibu, tolong Amal bu, tolong bu. Amal takut, Amal sakit bu.” Suara Amal bertukar. Amal merayu pada ibunya. Menitis air mata ibu mendengar rayuan anaknya. Anak yang soleh, anak yang baik. Sesungguhnya, Amal adalah anak lelaki yang sentiasa taat pada orang tuanya. Ayah dan Nur tetap terus membaca. Kebelakangan ini, Amal akan jadi begini apabila surah Yassin dan Ayat Kursi dibaca dan kali ini, ayah turut menitiskan air mata.
‘Amal anak yang baik Ya Allah, kenapa Amal Ya Allah, kuatkanlah hatinya Ya Allah’ bisik hati Ayah. 10 minit kemudian, selesai sahaja bacaan surah Yassin, ayah membaca beberapa baris ayat al-Quran dari surah-surah yang telah disuruh oleh Ustaz Hafiz. Setelah itu, ayah merenjis sedikit air hasil dari bacaan surah Yassin sebentar tadi. Ayah mengucup dahi abang dan ayah memohon ibu untuk melepaskan genggaman ibu dilengan abang yang terus terusan meronta dari tadi.
“Dah lepaskan Amal bu, lepaskan dia,” pinta ayah.
Ibu melepaskan gengamannya perlahan-lahan. Abang terus bangun dan senyap. Ibu, ayah dan Nur hanya memerhatikan gerak geri abang.
Amal meletakkan tangannya kemas di bahagian bawah dada, seolah-olah seperti orang yang sedang menunaikan solat. Beberapa saat setelah itu, Amal melompat-lompat menuju ke arah pintu depan dengan begitu pantas.
“Ya Allah bang, Pocong ke bang? Astaghfirullah al-azim!” Ibu gelisah.
Ayah terus menerus membaca ayat Kursi. Sememangnya Ayat Kursi adalah ayat yang begitu berkesan juga mengandungi khasiat yang tersendiri dalam mempertahankan diri daripada segala gangguan iblis dan syaitan.
Sampai di muka pintu, Amal menghantuk-hantukkan kepalanya di pintu. Amal seolah-olah cuba untuk meloloskan diri dari rumah. Ibu hanya mampu berdiri dan melihat kelakuan Amal. Nur, anak kecil yang baru berusia 8 tahun hanya mampu menangis dan memeluk kuat tubuh ibunya. Ayah kemudiannya memberanikan diri dengan membuka pintu rumah tersebut kerana bimbang kalau kalau berlaku kecederaan di kepala Amal. Amal terus melulu dan melompat keluar dengan pantas sama seperti makhluk yang dipanggil ‘Pocong’ melompat. Amal melompat sehingga ke pagar di halaman depan rumah dan akhirnya rebah. Ayah dan ibu terus melulu ke arah Amal. Amal masih tidak sedarkan diri.

20120708



Nanti bila dah sihat, aku nak buat semua. 
Semua yang sepatutnya aku buat dari dulu lagi.
Bila aku betul-betul dah sihat, aku nak ikut mana ilmu tu pergi, aku nak pegang, nak gengam untuk masa akhir aku nanti.
 Bila aku dah mampu, aku nak selesaikan tanggungjawab aku, tanggungjawab setiap muslim. 
Nanti bila aku tak mampu cari, aku nak sampaikan, biar terang masa akhir aku. nanti bila semua dah selesai,
 TENANG.


 dan masih banyak yang perlu aku cari ...

20120108

I can't count on you anymore because you can't count on me : not anymore

      



                                                           



I’m not going to break your heart again .
Never again.
Let it end like this.
Just like this.