20110719

KLINIK MATA

18th july 2011,

Nak dijadikan cerita, pada tarikh cam yang kat atas tu, aku telah hadir ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk berdating dengan dokter. bila nama aku dipanggil, as usual, 'ok, khairunnisya, saya letak ubat mata ni dulu, tunggu lagi setengah jam saya panggil ye' nurse tu cakap cmtu . Seperti yang dijanjikan, lepas setengah jam, nurse tu panggil untuk masuk jumpe dokter. ok.
'Nisya, awak pernah buat operation mata ke?'
' Tak pernah pun dokter, kenape?'
' ohh, tak de lah sebab mata awak juling kan, tapi dah ok eh sekarang.'
'Yup, saya rajin buat tampal mata sebelah masa kecik-kecik dulu.'
'Alright, bagus, hurmmm, power awak mmg tggi. awak tahu tak ape risiko awak dengan mata awak and usia awak sekarang ni?;
ok, aku dah takot . 'tak tahu dokter, nape?'


Setelah diringkaskan, meh aku bagi tahu, dalam mata kita ni ade satu cecair, yang akan mencair dari semasa ke semasa bergantung pada power mata kita. Apa yang menjadi masalah kat sini, cecair tu mampu menarik urat mata kita. (apa yg aku faham k .) Kemudian, dokter tu diam. Dia terangkan sampai situ je. Aku tanya lagi, apa yang akan jadi bila urat mata tu tanggal?.
Satu ayat je yang keluar, 'BUTALAH'.
Hati macam nak tercabut dengar. 'Saya ade risiko untuk buta ka dokter?'
'YUP'.
....
'Jadi, saya nak tolong awak, kalau awak nmpak banyak nyamuk dalam mata awak, bila awak pejam mata, awak nampak kilat, and bila awak tengah pandang pada sesuatu tempat tapi ade tempat yang awak tak nampak, cepat cepatlah datang sini. ok ? sebab, bende ni boleh jadi pada BILA BILA masa je. kalau awak cepat, boleh lah kami tolong attach balik urat tu. Tapi kalau lambat, dah separuh, susah sikitt lah. boleh tolong, tapi awak tak dapat lah tgk macam asal. ok?' dokter tu cakap cmtu .

Aku? Angguk je lah. apakan daya. Ini lah effect aku dari demam panas dulu. cermin mata dengan aku mmg tak boleh nak pisah. 15 tahun aku bergantung pada cermin mata. Redha je lah .

Pada korang-korang yang masih lagi boleh melihat tanpa cermin mata, hurmm, untunglah. Jaga lah mata tu elok-elok. Sayanglah mata tu sangat-sangat. Bayangkan mereka yang buta, yang tak dapat melihat. Tak dapat melihat wajah ahli keluarga diorang. Kesian kan. huh .

Lastly , JAGA MATA korang ok, jagalah elok-elok . :)

2 comments:

  1. hey!hows ur eyes sekarang?makin ok??insyallah..

    ReplyDelete
  2. try wat laser operation.. x sakit n boleh hilangkan rabun yg tggi.. then try gak kurangkan pkai cermin mata kalu pergi tempat2 yg terang..

    ReplyDelete